Assalamulaikum w.b.t
apa khabar sume..hehe lama tak update..
mesti korang dah tengok kan gambar kat bawah ni..
haaa mira saje je post pasal ni
sebabnya mira suka sangat puisi dari Zahiril buat Shera
sungguh terharu tau ayat yang dia wat tu..
haisshh..beruntung betul dapat orang yang romantik ni..hikhik
jeles di buatnya...hahaha ( gurau je :P )
perempuan mana tak menangis kalau dapat puisi macam tu kan..
memang ayat tu sungguh bermakna sekali
yang boleh menusuk kalbu ( teringat ayat lecture Pscyhology ~ kolbu) haha
apa2 pun meh kita review balik walaupun dah basi..haha

Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala
p/s : teringin lak nak seperti ni :')

No comments:
Post a Comment