Sunday, April 25, 2010

WARNING : Baca Horoskop,Solat tak diterima 40 hari...

Cite ni mira dpt kt facebook..so,mira nk share la ngan korang..
baca jangan x baca tau...

assalamualaikum..

penting ni.. Benda ni betul..ader dibincangkan di TV9..

Pagi tadi aku terjumpa note ini yang membicarakan pasal satu email dan aku agak terkejut dengan yang
dimaksudkan oleh email tersebut. Email tersebut mengandungi isu yang telah
dibincangkan melalui sebuah rancangan di TV9. Lebih mengejutkan aku lagi
apabila salah sorang panel tersebut memaklumkan bahawa membaca horoskop
walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari. Ya Allah Ya
Tuhanku.. Aku selalu jugak membaca ruangan tersebut terutama seawal pagi
sebelum memulakan kerja. Berikut aku masukkan kandungan email tersebut
untuk rujukan dan renungan kita bersama.

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau
di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka
percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan
tukang ramal.
Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam
Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu
berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca
ramalan bintang.
Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya
tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula
ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.

Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah,
menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi
wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang l ain .

"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan
ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara m ain
-m ain atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam,"
katanya.
Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun
kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat
orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."

Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan
termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi
Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9
yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12.
Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton
menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang
ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.

Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka
membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada
suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya
terpengaruh dengan apa yang dibaca.

Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang
melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang
diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap
hari, minggu atau bulan.
Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan
hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak
memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.

"Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS
horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk
kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa
kita hendak tahu ramalan.
"Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja
dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang
dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek
psikologi.

"Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar
berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka
jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya.
Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan
tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka
yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya..

Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam
al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan
pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah.
Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa
bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini
memberi kesan daripada sudut akidah mereka.
"Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang
ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa
izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai
yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya.
Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum
boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara
suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib.

Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa
suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan
paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.
Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub
dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga
golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal
barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di
langit.

Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda
meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui
perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari
musibah.
Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu
berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai
Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq..

Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara
bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang
dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian
dengan tarikh lahir berpandukan bintang.
"Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20
Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama
Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi
bangsa kuno ketika kecil.
"Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan
bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun
banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung
sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.

"Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau
lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak
perkara l ain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya.
Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca
ramalan bintang atau tukang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh
memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan. ..

Wallahualam....



No comments:

Post a Comment

Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers