Tuesday, December 20, 2011

Malaikat Pelangi Cinta



Kasih kau bagaikan pelangi
Mewarnai bahtera hidupku
Kau tetap terbaik untukku
Kau tercantik engkaulah cintaku

Kau bagai malaikat yang selalu setia
Melindungi menjaga dan mendampingiku
Baik dalam susah dan senang kau selalu
Ada bersamaku

Setiap malammu slalu aku melindungimu
Dibangun tidurmu ku selalu ingin disampingmu
Dalam tidurmu ku selalu ingin disisimu

Kasih kau adalah nyawa nafas dalam hidupku
Kau adalah pelita terang dalam jiwaku
Aku tersadar melihat kebahagiaan itu
Seperti pelangi

Aku pun berjanji akan slalu menjagamu
Melindungi dan berdoa untukmu
Smoga apa yang kau inginkan tercapai slalu
Hidupku adalah milikmu

Setiap malammu slalu aku melindungimu
Dibangun tidurmu ku selalu ingin disampingmu
Dalam tidurmu ku selalu ingin disisimu

Kasih kau adalah nyawa nafas dalam hidupku
Kau adalah pelita terang dalam jiwaku
Aku tersadar melihat kebahagiaan itu

Hidupmu adalah hidupku
Kebahagiaanmu adalah bahagiaku
Kesediahanmu adalah kesedihanku
Nyawamu adalah hidupku

Kasih kau adalah nyawa nafas dalam hidupku
Kau adalah pelita terang dalam jiwaku
Aku tersadar melihat kebahagiaan itu
Seperti pelangi


p/s : tak tau nak cakap apa..lagu ni terlalu mengusik kalbuku huhu :'(

maksudnya amat mendalam..huhu



Friday, December 16, 2011

‎8 Sikap wanita yang disukai Lelaki ~ ermm betul ke ?

‎8 Sikap wanita yang disukai Lelaki :-



1. Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.


2. Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.


3. Menghargai

Lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.


4. Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman.


5. Pandai berbicara

Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita. (bersifat terbuka)


6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.


7. Menghormati Diri Sendiri


Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.


8. Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.




Thursday, December 15, 2011

Puisi cinta yang datang dari hati


Assalamulaikum w.b.t

apa khabar sume..hehe lama tak update..

mesti korang dah tengok kan gambar kat bawah ni..

haaa mira saje je post pasal ni

sebabnya mira suka sangat puisi dari Zahiril buat Shera

sungguh terharu tau ayat yang dia wat tu..

haisshh..beruntung betul dapat orang yang romantik ni..hikhik

jeles di buatnya...hahaha ( gurau je :P )

perempuan mana tak menangis kalau dapat puisi macam tu kan..

memang ayat tu sungguh bermakna sekali

yang boleh menusuk kalbu ( teringat ayat lecture Pscyhology ~ kolbu) haha

apa2 pun meh kita review balik walaupun dah basi..haha






Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala




p/s : teringin lak nak seperti ni :')








Saturday, December 10, 2011

konsert amal DESTINY




Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semua warga USMKK dijemput hadir ke

Konsert Amal Nasyid Destiny Bersama Anak-Anak Yatim


Tarikh : 10 Disember 2011


Masa : 8-11 malam


Tempat : Dewan Utama, USMKK


Tujuan :


Bagi mengumpul dana untuk disumbangkan


kepada anak-anak Yatim dari Kelab Balkis


Masuk adalah PERCUMA :)


Marilah kita bersama-sama memeriahkan


konsert amal nasyid ini di samping memberi


sumbangan kepada rumah anak-anak yatim ini :)



Sekian.




Friday, December 9, 2011

Selamat Hari Lahir yg ke-19 ♥


Assalamulaikum w.b.t

hari ni merupakan birthday kembar mira..hehe

kami bukannya kembar tak seiras

tapi kembar tahun..

kira adik mira ni tak cukup bulan..dia nak keluar cepat sangat...

so dia lahir la hujung bulan..mira awal bulan 2

time dia lahir tu dia baru je 7 bulan..

itu yang jadi kembar tahun tu..

kalau ikut kan due date bulan 2 tahun 1993

tapi dah keluar awal jadi la 9 disember 1992 hehe

gambar kat bawah ni masa kita orang umur 4/5 tahun gitu

time kecik2 memang rapat sangat

kalau nak beli sesuatu barang tu mesti sorang satu dapat

kalau tak memang kita orang bergaduh la..hehe

maklum lah nama pun adik beradik

kalau tak bergaduh tu memang tak sah :D

bak kata pepatah "air yang dicincang tak kan putus"

hehe apa2 pun kita orang dah besar

so jarang la gadoh2 ni...kalau ada pun hal kecik2 je..






hehe berebut nak naik upih ni..




^_____^


sempena hari lahir ni..

kak long nak ucap hepi besday (ish sedih lak) :')




ok ni pic yang terbaru dia (yang pakai spec ni)

hehe ok la tak mau feeling lebih2 lak


~ adioss



Thursday, December 8, 2011

REVIEW : ST. Ives apricot scrub



Assalamulaikum w.b.t


Alhamdulillah...sebab diberi peluang untuk menconteng kat blog

setelah sekian lamanya blog ni terbiar je..

kecian kat blog ni dah banyak sarang labah-labah ekeke :D

rindu sangat2 nak berblog ni

tapi disebabkan jadual terlalu padatlah

mira tak dapat nak update apa2 pun huhu..

ini pun ambil masa skit nak taip jugak

apa2 pun..asal dapat tulis pun jadi lah :D

ermm entry kali ni pasal

REVIEW : ST. Ives apricot scrub

ehem2 ni pasal kecantikan jap

belum pernah buat entry pasal kecantikan ni ^_^

ok..baru2 ni mira saja jalan2 kat KB mall

maklum lah usm pun dekat je kt mall tu..

mira pergi pun last minute rancang nak pegi..

lepas ronda2 dalam KB mall tu,

mira singgah la dekat Guardian..

korang pun tau kan situ tempat beli barang penjagaan kulit

and everything lah..

pusing2 dalam tu terjumpa lah satu barang ni...





yang ni la mira beli...hehe

ST. Ives apricot scrub : blemish + blackhead control

sebenarnya dah lama nak try benda ni..

tapi rase takut lak..maklum la tak biasa sangat

cuba nama yang pelik2 ni..

masa mira beli ni guardian tengah wat promosi

so, mira rebut je la nak beli alah ni :D

masa harga promosi tu dalam RM18.61

kira macam murah la tu..kalau ikut harga asal

dalam RM 22++ something gitu..

scrub ni ada 3 jenis..antaranya yang kat atas tadi dan

yang kat bawah ni...


yang ni nak renew + tegang kan balik kulit muka kita


yang ni lak untuk biasa2 je..

so..dalam banyak2 jjenis ni mira amek yang

ST. Ives apricot scrub : blemish + blackhead control

sebabnya yang ni lebih sesuai untuk kulit mira ^^

1st time guna benda ni, kulit jadi smooth je..

hehe rasa best je sentuh kulit muka ni

nama pun scrub..mestilah benda ni buang sel2 mati

di samping itu dia gak control blemish + blackhead

Alhamdulillah..benda ni tak de lah merosakkan kulit mira..

kalau sesetengah orang maybe tak boleh kot..

maybe gak kulit seseorang tu sensitif..

so..kalau siapa2 yang berminat boleh la cuba :D

key ingredient nya adalah


APRICOT »
APRICOTS are known to contain one of the highest levels of carotenoids (think vitamin A) and super-effective antioxidants. All of this natural power might seem, well, too powerful, but they are actually quite gentle and nourishing and they help make fresher, more nourished skin beautifully possible.
CORN KERNEL MEAL »
CORN KERNEL MEAL is actually flour ground from dried corn. It’s a soft, but gently powerful all-natural exfoliant that promotes skin cell turnover and regeneration. Cornmeal makes softer-feeling, fresher skin possible.
WALNUT »
WALNUT is known for its hard shell, but when it’s ground, it becomes an amazingly effective, all-natural exfoliant ingredient in our scrubs. Not only are walnuts plentiful on the planet, they also help newer, healthier skin come to the surface
maaf ek mira malas nak translate bahan2 dia..

hehe kalau tak faham gak..korang translate la sendiri :P

korang pun tahu kan khasiat buah aprikot ni

ia amat bagus untuk kulit kita tau..

so tak rugi la korang mencubanya ! ^_^

okey lah..banyak sangat berceloteh ni..

nanti mira buat mira entry lain lak

~ bye2 ^_^




Wednesday, October 12, 2011

Monday, October 3, 2011

i love polkadot






itu yang terungkap dalam kata-kataku

cewahh ~ hahaha

ermm..sejak akhir-akhir ni kan,

mata ni dok nampak corak bulat-bulat je hehe

nampak comel je bulat-bulat tuu..

entahlah tiba-tiba je minat polkadot ni

rasa geram kalau tengok polkadot ni..hehe

sekarang ni tengah dok cari kain pasang corak polkadot

huhu teringin sangat nak buat baju kurung corak tu

comel je tengok orang lain pakai baju kurung camtu

tu la tengah survey-survey harga kain tu hehe

comel wedges ni..nasib baik dah ada corak camni :D





sesuai untuk baby boley la..hehe








cantik je warna-warna baju kurung ni

huhuhu nak sangat-sangat (mom can u buy for me, plezz ?)

(~,^)


~ok dah ! itu je yang nak cakap..hanya luahkan perasaan yang meluat je..haha



Friday, September 9, 2011

Bercium banyak faedahnya ~:D


Ahli perubatan mendapati bahawa bercium itu baik untuk kesihatan. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa seronok dan nikmat, tapi ciuman juga dikatakan berkesan untuk melawan pelbagai jenis penyakit. Berikut ini adalah beberapa kelebihan dan keistimewaan ciuman;



1- Berciuman dalam waktu yang lama boleh membantu sistem pengaliran darah kita. Ketika berciuman, degup jantung makin cepat hingga mencapai 110 kali degupan jantung seminit.

2- Setelah bercium, paru-paru akan bekerja lebih keras. Jika dibanding dalam keadaan normal, tarikan nafas setelah bercium adalah kira-kira 60 tarikan nafas seminit (nafas normal hanya 20 kali tarikan nafas seminit). Maka bercium adalah baik untuk mencegah penyakit lemah paru-paru.

3- Sesetengah doktor gigi percaya bahawa bercium dapat mencegah daripada gigi mudah berlubang. Ciuman akan membuatkan rembesan air liur berlaku yang mana ianya boleh meneutralkan cecair berasid yang menyebabkan kerosakan gigi.

4- Proses ciuman yang berlaku lebih dari 3 minit membantu seseorang daripada tekanan hidup atau stress. Bercium dalam jangka waktu yang lama boleh menyahkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan atau stress.

5- Pasangan yang mengamalkan tabiat bercium ketika berpisah hendak pergi kerja setiap pagi contohnya dikatakan mampu memberikan lebihan masa hidup 5 tahun lebih lama daripada mereka yang tidak melakukan rutin bercium.

6- Ciuman mampu memberikan keyakinan diri dan rasa dihargai. Ciuman akan membuatkan seseorang merasa dihargai dan memberikan ketenangan diri kepada pencium.


7- Ciuman dapat membakar kalori sehingga 2~3 kalori seminit dan ia meningkatkan metabolisma. Malah ada yang mendakwa bahawa ciuman yang dilakukan dengan penuh ghairah sebanyak 3 kali sehari (iaitu sekurang-kurangnya 20 saat setiap kali bercium), boleh membantu mengurangkan berat badan.

8- Ciuman dapat menghilangkan kepenatan dan ketegangan dalam badan. Ciuman yang dilakukan dengan penuh perasaan mampu menghilangkan ketegangan, menghilangkan tenaga negatif, membangkitkan rasa sihat dan juga mengurangkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan.

9- Aktiviti bercium memerlukan otot dan saraf di bahagian muka melakukan beberapa gerakan. Dikatakan tidak kurang 30 otot wajah akan bergerak-gerak dan ini boleh mencegah otot pipi daripada menjadi kendur. Otot pipi yang menegang semasa ciuman ghairah dilakukan dikatakan mampu membantu kulit menjadi lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

10- Bercium adalah sangat baik untuk jantung kerana ia menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

11- Mereka yang sering berciuman didapati jarang menghadapi masalah-masalah perut.

12- Semasa bercium, antibiotik akan dirembeskan keluar melalui air liur. Air liur ini dikatakan bertindak sebagai anestetik yang membantu mengurangkan kesakitan pada tubuh.


p/s: so bagi suami isteri tu boleh la..yang BELUM ada ikatan SAH tu, jangan dok menggatal ok ?! hehe...peace no war (^_^)


Monday, September 5, 2011

Selamat Hari Raya ~



Assalamualaikum

ermm pejam celik pejam celik dah masuk bulan 9

kejap je rasa..rasa cepat sangat masa berlalu

bulan puasa pun dah lepas..sekarang dah raya dah

entry untuk bulan puasa memang tak sempat nak update pun

maklumlah sibuk dengan praktikal

masa mula-mula praktikal tu memang agak letih la ckit

tapi lama-lama tu kira dah biasa dah

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar

nasib baik tak pengsan masa praktikal

kalau tak memang pecah tradisi la hehe

Sekarang dah masuk musim raya dah

raya kali ni sambut macam biasa je

nak kata meriah pun,boleh la..

tahun ni buat ckit je kuih..huhu memang tak sempat

balik pun dah lewat..alamatnya beli je la kuih 2..

anyway..sebenarnya mira nak mitak maaf kat semua

tak kira sesiapa pun yang terasa hati ke dengan mira

mira mitak maaf banyak-banyak k :')

tema raya tahun warna orange ! hehe


makan tapai ~ ermm best :D



sebelum budak-budak mai kena masukkan duit raya hekhek



cian kt mak (nenek) kena himpit kat umi dan mak muda..haha


family pak sedara yang paling rapat :)



haa..ni la family yang tersayang :')


Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin





Wednesday, August 24, 2011

Thursday, July 28, 2011






Ya Allah..

tabahkanlah hati hambaMU ini..

(u____u)





Pesanan buat kekasih...


Broken Heart

Sewaktu kau melangkah
Meninggalkan diriku
Sebaknya rasa di dalam dadaku
Menahan titis air mata

Ingin aku berpesan
Kepadamu kekasih
Sekiranya engkau merinduiku
Hubungilah aku di sini

Jika ada kesilapanku
Maafkanlah diriku oh sayang
Dan izinkan aku bertanya
Mengapa kau berubah hati

Kiranya kau ada penggantiku
Tetapi hidupmu tak bahagia
Relaku memaafkanmu
Dan menerimamu sayang

Walaupun hatiku kau lukai
Namunku masih menyayangi
Kerana sehingga waktu ini
Cintaku masih untukmu

Oh sayang di mana kau berada
Janganlah kau lupakan aku
Ingatlah aku walau sesaat
Seorang insan yang terluka


~ it make my heart hurt too :'(




Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers