Sunday, January 22, 2012

Lelaki Idaman Wanita


Lelaki idaman wanita adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan ALLAH

Lelaki idaman wanita adalah lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki idaman wanita adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman wanita sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

Lelaki idaman wanita tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman wanita sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman wanita adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa si dia bersama
Dialah lelaki idaman wanita


Saturday, January 7, 2012

Awak suka saya tak ?






ok awak suka saya tak ?

ekekeke :P

assalamualaikum

hehe tiba-tiba je tanya awak suka saya tak...

sebenarnya ni tajuk novel je la

mira suka sangat novel ni

penulis novel ni kak Melur Jelita

cite ni memang best sangat-sangat

pic kat atas tu gambaran watak utama dalam novel ni

mira wat sendiri tau :P (bangga jap)

hehe Dennis Oh sebagai Hilman Yong

dan Fazura sebagai Intan Zulaikha

waaarghh memang sweet sangat haha :D

rugi kalau tak baca tau..

harga ni ni RM35..

mira beli time promosi 25% potong tau

haha tu yang cepat-cepat grab je novel ni




ni la novel nya :D

mira bagi sedikit sinopsis untuk novel ni


Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong

" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong

" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha




p/s : beli jangan tak beli :P

Friday, January 6, 2012

Nursing Batch 2010/2011



Assalamulaikum w.b.t

Pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2012 dah..

cepat betul masa berlalu..rasa baru sekejap je tahun 2011 kan..huhu

maknanya umur pun dah bertambah dah waaaa :'D

so di kesempatan ini mira nak wish happy new year la..

hehe biar la terlambat seminggu pun still tahun baru jugak kan

azam tuk tahun ni secret ~ huahua tak boleh bagitau kat sini :P

apa - apa pun tak lama lagi mira dah nak stat praktikal dah

huhu lepas ni tak sempat dah la nak update

tunggu cuti sem jela kalau nak update pun :'(

mira pun dah tinggal 2 sem je lagi nak abis

memang cepat..rasa baru je jadi budak tahun 1

dah nak masuk tahun akhir lak tak lama lagi..huhu

ok kita balik pada tajuk asal kita haha dah lari dari tajuk tadi :D

erm disember tahun lepas batch mira ada ambil gambar

tuk buat-buat kenangan tahun dua la kan..

batch mira tak ramai..77 orang je..

kalau tahun 1 dan 3 la paling ramai..dalam 90++ gitu

tapi tak pela..sikit pun jadi la..

so meh kita tengok dulu hehe




haaa..ni la bacth mira.. ^_^




cukup la dua gambar je kan..hehe

yang lain malu la nak tunjuk

ok la ini je entri sebenarnya

mira malas nak taip panjang-panjang haha

memang mira ni pemalas pun hohoho


k la wassalam :)



p/s : i love my batch so muchhie :')





Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers