Saturday, January 19, 2013

Oh, demam Peplum !



Assalamualaikum


Lama mira tak update blog ni. Memang rasa teruk sangat 
tahap KEMALASAN melanda ni.
Rasa terbiar sangat blog ni. Kadang-kadang rindu nak update. 
Tapi tak tau nak update apa.
Sekarang ni baru lepas final exam. Rasa lega sikit lepas exam ni. 
Tapi yang paling tak suka praktikal masih tiga minggu lagi nak habiskan. 
Orang lain lepas final dapat juga balik rumah cuti sem. 
Mira plak duduk kat hostel, sambung praktikal. Mood sedih :'(
Orang lain dapat cuti sem sebulan, kita lak seminggu je. 
Itu pun seminggu sebelum masuk sem baru.
Waaa nak nangis rasa. Tapi nasib ada seminggu jugak bagi. 
Kalau tak memang teruk rasa =___=
So tengah rajin ni boleh la nak berbelog sikit. Hehe
Ok sekarang fokus pada tajuk kita dulu. 
Dulu cupcake, macaroon, pavlova, red velvet, durian crepe 
jadi feymes kan kan kan ?? So sekarang ni musim peplum plak ^_^
Peplum ni bukannya makanan tapi pakaian sebenarnya.
Mira pun sekarang tengah gila tengok peplum ni. Cantik sangat. 
Peplum ni pattern zaman Saloma dulu-dulu lagi. 
Orang kata pattern lama ni dah timbul balik. 
Memang ramai dah start jual peplum ni.
Serius memang superb la. Haha
Ni contoh peplum ok?




Yang ni la orang panggil peplum. Dia ada bentuk sikit di bahagian
pinggang tu then ada ropol gitu hehe. Cantik kan?


yang ni dari MINAZ 
mira suka sangat yang ni >.<





 ni plak KZNabihah
kat sini pun banyak pilihan especially untuk orang chubby pun dapat pakai tau ^_^






kat FB ni pun cantik tau Ashanim Dress Lab
Kalau kat sini banyak pilihan. Memang kaler cantik-cantik
Mira pun tak lepas kan peluang beli satu kat sini. 
Pattern lebih kurang macam atas ni. Labuh ok? tak de singkat-singkat ^_^






Moddy pun cantik. Fatin Liyana pun selalu beli kat page ni 






kat sini banyak sangat pilihan. Harga pun memang berpatutan.
antara banyak-banyak yang mira survey, kat page ni la murah.
memang student pun mampu kalau nak beli kan. hehe




~ ok la selamat bershopping kepada peminat peplum. hehe bye :p









2 comments:

  1. sama gila peplum jugak.. tapi xbeli pun lagi.. maybe satu hari nanti akakn beli jugak hihi.. geram lah tengok..

    ReplyDelete
  2. comelnya peplum :)
    untuk budak kecik ade tak ? hee :)

    ReplyDelete