Wednesday, November 24, 2010

Saya nak cari suami yang . .






Yang selalu kita dengar, "Saya nak cari isteri yang pandai masak.."

Yang jarang kita dengar, "Saya nak cari suami yang boleh imamkan solat.."

Yang selalu kita lihat,

Bakal isteri cari buku resepi nak belajar masak untuk bakal suami..

Yang kita harap dapat lihat,

Bakal suami buka kitab agama nak tambah ilmu sebelum beristeri..

Yang selalu terjadi, bakal isteri rasa malu sgt kalau nasi pun tak tau nak masak

Yang kita harap terjadi, bakal suami pun rasa segan yang amat kalau Al-Fatihah pun masih merangkak-rangkak

Jika lelaki meletakkan syarat utk bakal isterinya..

Keterlaluankah jika wanita juga meletakkan syarat utk bakal suaminya??

Kepada lelaki sekalian yang sangat terhormat

Janganlah marah mahupun 'hangat'

Tulisan ini tak sedikit pun berniat jahat

Sekadar insan lemah nak sama-sama memberi ingat

Untuk diri sendiri dan saudara-saudara yang dekat

Kepada wanita pula, jangan seronok sangat

Kita pun ada tanggungjawab yg tak kurang berat

Harus disemat, kena selalu ingat

Besar amanah yang kita dapat

Allah tanya pulak nanti di hari akhirat

Indah betul dunia ni

Kalau lelaki dan perempuan sama-sama membaiki diri

Kalau bakal-bakal suami dan bakal-bakal isteri pakat-pakat membersihkan hati

Kalau suami-suami dan isteri-isteri dapat ikut segala perintah Ilahi

Ganjaran besar Allah janji

Tak kira perempuan mahupun lelaki

Yang hari ke hari cuba baiki diri

Jadi muslim yang benar-benar sejati

Masa tu, tak payah la lelaki letak syarat lagi

Sebab bakal isteri memang dah cantik segala segi

Wanita pun tak susah hati

Bakal suami memang menepati ciri

Aduhai bahagia hidup ni

Bila syariat Allah pakat-pakat dipatuhi

Hidup dunia seronok sekali

Seronok di akhirat berganda-ganda lagi











No comments:

Post a Comment