Saturday, April 21, 2012

Chocolate Cupcake ♥



Salam petang semua. Alhamdulillah petang hujan lebat sangat. Rasa sejuk je petang ni. Lama tak update. Sibuk sikit sekarang ni. Nak follow balik pun tak sempat. Nanti kalau ada masa free sikit mira akan jejak balik ek. Jangan sedih lak mira tak follow lagi k. Nanti mira follow sapa follower baru mira. Ok :)

Petang ni mira nak share sikit cupcake yang mira buat tengah hari tadi. Hehe ini kali kedua mira buat. Yang 1st dulu tak jadi sangat. Rasa lembik, sekarang dah jadi. Nasib baik kali ni dah jadi. Kalai tak jadi tadi memang malas dah nak buat. Kali ni dibantu oleh sepupu. Hehe dia teror sangat bab memasak ni. Cupcake ni pun jadi sebab dia yang bantu. Resepi yang dia bagi kali ni memang senang je. Takde lah susah sangat. Rasa pun memang sedap. Mira lebih suka kek coklat kukus. So cupcake tadi mira kukus. Kalau kukus memang rasa moist sikit jika dibandingkan dengan bakar. Kalau bakar bahagian atas kek tu maybe agak keras dan mungkin bahagian tengah kek tu lambat sikit nak masak. Nak sedap lagi baik kukus lagi rasa moist.Kali ni mira buat simple je. Bahagian toping tak sempat nak buat. Nanti lain kali lak nak buat toping tu.



Taraaa ~ ni la cupcake untuk percubaan pertama. Yang ni tak naik kembang sangat sebab dalam cawan tu mira letak sikit je, bukan apa mira takut dia limpah lak. Tapi still jadi kek ni hehe.





Ni cupcake yang last. Yang ni memang naik sebab hampir letak penuh dalam cawan tu hehe.



Ok la itu je. Lain kali resepi lain pula :D








6 comments: