Thursday, April 12, 2012

Header untuk adik sendiri





Salam tengah hari semua. Dah makan lunch ke? ermm mira belum lagi. Tunggu adik-adik balik sekolah dulu. Makan skali la katakan. Hehe (tetiba jadi baik dengan adik-adik). Hari mira tak kena masak (happy sangat! haha) sebab umi kata hari ni tak payah masak, dia suruh habiskan lauk nasi minyak semalam. Ehem2 jangan fikir bukan-bukan plak. Semalam family mira buat kenduri kecil-kecil je. Ajak family terdekat buat sembahyang hajat dan baca yaasin je. Hehe bukan majlis apa-apa k !? Tujuan

kenduri semalam tu hanya nak merapatkan hubungan keluarga je. Memang setiap bulan kami akan buat macam ni. Pergi rumah ke rumah family lain. Semalam ada setengah family sengaja nak mengusik mira. Huhu mereka cakap kenduri semalam kenduri mira. Haha alahai memang malu dibuatnya . Mereka cakap kenduri tunang la, kahwin la. Hehe tak sabar sangat dah ke nak dapat menantu umi oii. Kalau jadi
betul pe salahnya kan. (Gedik nak kahwin sangat la tu. HAHA). Doa ibu itu memang membawa berkat. Manalah tahukan lepas study terus kahwin ke. Hehe. Cup cup cup kita dah lari dari tajuk ni. Hehe berangan je lebih mira ni . Ok balik pada asal tajuk ni. Sebenarnya mira nak cerita pasal header je pun. Mira ada buat header untuk adik sendiri. Dia dok sibuk paksa mira suruh buat header. Lastly dapat buat gak. Just a simple header je. Tak reti sangat nak buat yang comel-comel sangat ni.




Taraaaa ~




Ni la header yang mira buat. Simple sangat-sangat header ni. Tapi adik mira ni tak letak lagi dalam blog dia. Tak sempat nak edit lagi. Kalau ada masa baru nak edit yang dia punya. Hehe mira suka plih warna yang soft je untuk buat header ni. Tak suka warna yang garang sangat. Kalau yang soft sejuk je mata memandangkan. So sebab tu la mira pilih warna pink, biru dan coklat gitu. Lagi pun mira ni macam budak je, suka gambar kartun yang kiut miut ni. Hehe. Ok la itu je yang mira nak update hari ni.






6 comments:

  1. cute blog la rara..please come follow me..hehe. :)

    ReplyDelete
  2. aishh , comel nyoo lhaa . nakk satu
    #wat muke bodek smbil buat muke comel .

    ReplyDelete
  3. @miss han : hehe tq. t mira follow

    @amy : hehe xde la.bese2 je tu :D

    ReplyDelete
  4. @ain : alala comel2.. #xde2 :P haha

    ReplyDelete