Monday, April 2, 2012

Addicted to novels



Assalamualaikum


Hari ni nak update pasal novel plak. Sape kat sini suka baca novel?? Hehe
Hobi kita memang sama la awak. Give me five . Tak semua orang suka baca novel. Orang kata yang baca novel ni jenis jiwang. Padahal bukannya jiwang pun, dah memang minat membaca novel nak buat macam manakan. Dulu mira bukannya minat sangat novel. Siap kutuk-kutuk lagi sape yang baca novel. Haha. Sekarang tengok la,dah mula jinak-jinak dengan novel ni. Tula pandai sangat mengata dekat orang. Lastly kena sendiri jugak . Mira start minat baca novel masa duduk kat U. Ini semua disebabkan oleh hasutan roomate mira la. Dia memang suka baca novel. Siap bagi tajuk-tajuk novel yang best lagi. Dan di situ lah start minat baca novel-novel ni. Hehe . Mood sekarang tengah kumpul novel-novel yang best. Mira lebih suka beli novel dari terbitan Karya Seni, Buku Prima dan Alaf 21. Kalau terbitan yang lain tu kureng la sikit. Kadang-kadang tu mi sampai marah jugak beli novel banyak-banyak ni. Yela mana tak marahnya beli dua tiga bijik buku sebulan. Memang kering duit macam tu je la. Huhu. Tapi dah minat sanggup je beli. Kat bawah ni antara novel yang mira suka baca. Tajuk-tajuk ni memang best. Rugi kalau tak baca ni. Hehe .





Novel yang paling mahal mira beli ialah novel Awak Suka Saya tak? Fuhh memang terbaik arr novel ni. Mira bagi 5 bintang untuk novel ni. Hehe. Novel ni la yang paling tebal mira pernah beli. Muka surat dia lebih 1K. Memang jenuh nak habiskan. Novel yang lain pun best juga. Tapi mira malas nak taip. Cukup la satu novel je. Hehe . K la setakat ini saja. Bai2







2 comments:

Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers